Berita

Playstaton Asia Menawarkan Tema Khas Aidilfitri, Serta Peraduan Untuk Memenangi Pengawal PS4

Diolah oleh hang92

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, Sony telah menawarkan tema khas yang boleh dimuat turun pada menu utama PlayStation 4.

Tetapi sebelum anda memuat turun tema khas ini, pastikan anda mempunyai keahlian PS Plus kerana tema ini hanya ditawarkan secara eksklusif untuk ahlu PS Plus sahaja.

Dalam berita lain,

Nampaknya Playstation Asia kini mula mengenali potensi pasaran di Malaysia. Jika dulu pasaran di Malaysia agak diketepikan namun hari ini mereka telah mengadakan suatu peraduan mudah dimana anda boleh memenangi pengawal PS4 dan juga baucer tunai berharga RM 37.

Untuk menyertai peraduan ini, anda boleh klik DI SINI

Untuk peraduan ini, anda hanya perlu menyatakan dengan siapa anda bermain PS4 dengan menggunakan akaun atas talian PlayStation®Plus dan anda perlu menyatakan PSN ID anda. Anda juga perlu berkongsi peraduan tersebut di dinding FB anda dan berpeluang memenangi hadiah tersebut.

Peraduan ini bersyarat;

  1. 100 orang pertama yang LIKE, SHARE dan KOMEN terhadap POST tersebut akan dikurniakan PSN Money Voucher bernilai RM37
  2. Setiap 10 orang ahli PS Plus (10, 20, 30…90, 100) layak untuk menerima satu DUALSHOCK®4 Wireless Controller

Untuk syarat dan terma anda boleh klik di pautan ini: https://playstn.asia/PSPlusRayaTC

sumber: PS Asia, Amanz

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.