Android & iOS

Pokemon GO: Masih Lagi Mencatat Keuntungan Walaupun Dirudum Kekurangan Pemain

pokemongo
Diolah oleh hang92

Pokémon Go mungkin bukan lagi fenomena seakan Tsumawi yang melanda dunia apabila aplikasi permainan ini dilancarkan pada tahun lepas, tetapi aplikasi ini masih lagi menjana keuntungan yang tinggi sehingga kini.

Pokémon Go, dilaporkan dalam perkembangan terbaharunya bahawa permainan ini sudah menjana keuntungan sebanyak $1.2 billion (~ RM 5.16 bilion)  dan muat turun daripada pengguna sebanyak 752 juta.

Mengikut Apptopia, sebuah syarikat analisis aplikasi di Amerika Syarikat, keuntungan yang dibuat oleh permainan pada tahun 2016 semasa dilancarkan adalah sebanyak $950 juta (~ RM 4.084 bilion).

Walaupun sudah tidak lagi menjadi popular, studio Niantic masih lagi berusaha untuk menambah kandungan yang sedia ada, termasuk menambah includes beberapa Pokémon baru dan mengubahsuai gym, semua ini dilakukan untuk membantu pengguna setia pada aplikasi dan sebab untuk menarik pengguna kembali pada aplikasi ini.

Image result for pokemon go

Apptopia juga melaporkan bahawa Pokémon Go mempunyai sebanyak 60 juta permain aktif pada bulan lepas iaitu bulan Jun, 20 peratus daripada mereka membuka aplikasi ini sekurang-kurangnya sekali di dalam sehari. Hal ini menunjukkan penurunan dimana pada Ogos tahun lepas, aplikasi ini mempunyai lebih dari 100 juta pengguna aktif setiap hari.

Mengikut Apptopia lagi, 57.4 peratus daripada pengguna adalah lelaki, dan selebihnya adalah perempuan. 38 peratus adalah golongan belia (umur 19 hingga 34), 32.5 peratus pula adalah 18 tahun adalah kurang daripada 18 tahun, dan selebihnya adalah melebihi umur 34 tahun.

Bagi pendapat kami, Pokémon merupakan satu jenama yang sangat kuat kerana ianya boleh menarik pelbagai golongan untuk memuat turun aplikasi permainan ini. Lihat sahaja data, lebih ramai lelaki mengatasi perempuan, golongan belia banyak menguasai peratus. Ini semua menunjukkan kuasa nostalgia dapat menjual sesebuah jenama.

 sumber: gamasutra

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.