Berita

Prey: Sedutan 35 Minit Pertama Permainan

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Permainan video Prey hanya tinggal kira-kira sebulan setengah untuk berada di pasaran secara rasmi, tetapi jika anda sudah cukup teruja, anda kini boleh merasai suasana 35 minit pertama dari permainan ini.

Baca di sini untuk mengetahui tentang pra-ulasan Prey

Penerbit Bethesda Softworks telah mengeluarkan video 35 minit pertama untuk permainan ini. Ia bermula dengan watak anda, Morgan Yu yang baru tersedar dari lena. Suasana sekeliling menunjukkan suasana pagi yang indah di sebuah apartment.

Prey sedikit sebanyak mempunyai pengaruh daripada BioShock dari segi apa yang berlaku di dalam permainan.

Ada juga segelintir peminat berpendapat permainan ini seakan-akan Half-Life. Mungkin ini boleh mengubati penantian lama peminat Half-Life untuk Half-Life 3.

Prey akan dikeluarkan untuk Xbox One, PS4 dan PC pada 5 Mei ini.

Sumber: gameszone

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.