Ura-ura

PREY

Diolah oleh Along Naz

Sebuah lagi permainan bagi generasi baru permainan konsol dicipta, Prey adalah sebuah permainan sains fiksyen yang bergenre ‘First-person Shooter’ yang dijangkakan menjadi popular untuk tahun 2017.

Anda bermain sebagai Morgan Yu, subjek yang melakukan pelbagai eksperimen bagi meningkatkan bilangan manusia. Tetapi hal ini telah mendatangkan syak wasangka kepada pihak yang menentang eksperimen yang dilakukan oleh Morgan Yu

Cerita ini bermula apabila anda dibangunkan dan disedarkan di dalam kapal angkasa, The Talos 1 pada tahun 2032 dan akan membongkar rahsia yang tersembunyi di dalam stesen angkasa sementara anda juga diburu oleh sekumpulan pasukan asing yang misteri yang berhasrat untuk mengambil alih stesen anda.

Anda perlu bergantung sepenuhnya kepada alatan yang anda temui di stesen itu, gunakan kepintaran anda di dalam permainan ini, bersama dengan senjata dan juga keupayaan lain untuk menentang segala ancaman yang datang dengan harapan bahawa anda akan selamat!

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.

Tarikh pelancaran : 5 Mei 2017

Genre : First-Person Shooter