Berita

Project Cars 2 Akan Kelihatan Lebih Baik Di Xbox One X Berbanding PS4 Pro

project-cars-2
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Project Cars 2, permainan perlumbaan dari pembikin, Mad Studios, akan datang dengan sokongan Xbox One X dan PlayStation 4 Pro.

Kini pengarah permainan itu menyatakan permainan ini akan kelihatan lebih di Xbox One X berbanding PlayStation 4 Pro.

Bercakap dengan Trusted Reviews, pengarah Permainan, Stephen Viljoen, mengesahkan bahawa ia akan kelihatan lebih baik di Xbox One X.

Xbox One X adalah perkakasan yang hebat dan kami sangat teruja dan kami memanfaatkannya, jadi apabila anda menjalankan permainan di konsol itu, ia pasti kelihatan lebih baik daripada konsol lain, selain PC berspesifikasi tinggi.

Project Cars 2 akan hadir ke PC, PlayStation 4 dan Xbox One pada 22 September ini.

 Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel lain yang berkaitan:

Project CARS 2 Menampilkan 10 Model Ferrari; Pelancaran Trailer Terbaru

Project Cars 2 : Akan Menyokong PSVR Dan 4K Pada PS4 Pro, Dan Xbox Scorpio

Project Cars 2 : Apa Yang Anda Perlu Tahu

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.