Berita

Project Cars 2 : Akan Menyokong PSVR Dan 4K Pada PS4 Pro, Dan Xbox Scorpio

Diolah oleh hang92

Projek Cars masih lagi salah satu permainan perlumbaan yang terbaik yang anda boleh mainkan pada PC, Xbox One dan PS4. Namun begitu kelihatan seperti Project Cars 2 akan menjadi lebih baik dan hebat.

Menurut pengarah kreatif Project Cars 2, Andy Tudor, edisi Project Cars 2 boleh dimainkan dengan semua teknologi permainan terkini, termasuk sokongan 4K untuk konsol Microsoft dan Sony.

Tudor juga menjawab: “Ya Waalaikumsalam, betul tu. Kami di sini suka pada semua alat permainan, jadi jika ada apa-apa roda, pedal, VR, aplikasi skrin kedua, skrin berganda 3, monitor komputer 21 : 9, atau konsol, PSVR, PS4 Pro, dan Xbox Scorpio semuanya boleh dimainkan dengan permainan Project Cars 2″‘

Baca di sini untuk mengetahui tentang permainan perlumbaan yang dinantikan pada tahun 2017

Malangnya untuk pengguna Xbox One, Tudor tidak memberi apa-apa jawapan.

“Saya boleh mengesahkan bahawa PS4 Pro dan Xbox Scorpio akan mendapatkan beberapa jenis penambahbaikan, tetapi saya tidak boleh bercakap tentang barangan Scorpio pada masa ini kerana tidak banyak diketahui. Anda perlu menunggu sehingga Microsoft sendiri mendedahkan maklumat lanjut mengenai perkara ini.”

sumber : aplhr

Adakah anda juga teruja untuk mendapatkan permainan ini seperti kami?

Kami menjangkakan permainan ini akan menjadi permainan perlumbaan yang terbaik pada tahun 2017.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.

© 2017 Konsol Medium Ent.