Pilihan Kami Ura-ura

Project Cars 2 : Apa Yang Anda Perlu Tahu

Diolah oleh hang92

Project Cars telah dikeluarkan dua tahun yang lalu, dan ia seolah-olah membawa suatu anjakan paradigma yang baru dalam permainan perlumbaan.

Ianya merupakan salah satu permainan yang pertama untuk membawa ciri-ciri realistik tanpa batasan untuk PS4 dan Xbox One.

Selepas Project Cars yang pertama dihasilkan, permainan seperti Gran Turismo dan Forza Motorsport 6 mula mengikuti langkah positif dalam arus perdana permainan perlumbaan ini.

Sejak itu, pelumba ultra-realistik seperti Assetto Corsa dan Rally DiRT telah muncul, jadi sekarang sudah tiba masanya untuk pembangun permainan Slightly Mad Studios untuk memperkenalkan Project Cars 2 pula.

Untuk peminat permainan perlumbaan seperti kami, (kerana kami sendiri suka berlumba atas jalanraya dengan Perodua Mira milik kami) Project Cars 2 adalah salah satu permainan perlumbaan yang paling dinanti-nantikan bagi semua peringkat umur.

Ia adalah permainan yang menggemparkan sehingga industri pengeluar permainan lain berlumba-lumba untuk menjadikan Project Cars 2 sebagai contoh. Dengan bermodalkan bajet yang lebih besar daripada sebelum ini, permainan ini akan menjadi sangat menarik apabila dilancarkan kelak.

Jadi, apa yang kita benar-benar tahu tentang permainan ini?

Dalam artikel ini, anda akan mendapatkan info serba sedikit tentang Project Cars 2.

Project Cars 2: Tarikh Pelancaran

Menurut akaun Twitter Project Cars, permainan baru ini akan keluar pada PC, Xbox One dan PS4 pada akhir 2017.

Pelancaran ini akan meletakkan ia serentak sama dengan permainan perlumbaan lain seperti GT Sport, juga salah satu permainan perlumbaan yang paling dinanti-nantikan pada PS4.

Apabila kami mendapatkan senarai kereta denagan lebih terperinci, kami akan tambahkan di sini.

Project Cars 2: Kereta dan Litar

Akaun Twitter Project Cars juga berkata permainan baru ini akan menampilkan lebih daripada 170 kereta dan 60 trek.

Selain daripada berlumba di jalan raya tetapi ia juga mempunyai pelbagai tarikan lain seperti trek off-road, dengan salji, lumpur ais dan kawasan berbatu.

Slightly Mad juga ada memasukkan trek rasmi Mercedes-Benz Driving Events Winter Training Ice Track di Sweden.

Project Cars 2: Masa dan Cuaca Yang Dinamik

Project Cars 2 akan mempunyai cuaca dan cahaya yang dinamik, jadi keadaan anda akan berubah untuk apabila memandu dalam masa nyata.

Slightly Mad juga berkata permainan ini akan menggunakan teknologi LiveTrack 3.0, dan ia bermakna keadaan trek boleh berubah, menjadi lebih pantas pada minggu perlumbaan.

Project Cars 2: Kejuaraan Atas Talian

Project Cars 2 akan mempunyai elemen eSukan, dengan mod pemain tunggal.

Sebelum itu, anda harus berupaya untuk mendapatkan lesen atas talian ini, dan jika anda tidak mahu berlumba, anda masih boleh mengambil bahagian sebagai pengarah atau penyiar.

Project Cars 2: 12K dan PSVR

Slightly Mad berkata Projek Cars 2 akan menampilkan sokongan untuk kedua-dua VR dan 12K — apa? 12K? 3 kali ganda lebih halus dari 4k?

Maksudnya begini, secara asasnya tiga model monitor berdimensi 4K disusun dalam bentuk huruf C.

Kami tidak pasti jika keseluruhan permainan ini boleh dimainkan dalam VR, atau sebenarnya hanya sedikit sahaja bahagian permainan maya yang boleh dipakai dengan perkakasan VR.

Kesimpulan

Setakat ini Project Cars 2 kelihatan seperti sebuah agenda permainan yang menarik, tetapi terdapat beberapa butiran penting kita perlu tahu.

Sebagai contoh, Project Cars lepas terkenal dengan audio yang kurang memuaskan, dan permainan ini pada mula agak terganggu oleh bug. 

Ia juga akan menjadi sangat menarik untuk melihat bagaimana Project Cars 2 akan melaksanakan fungsi permain berbilang dalam eSukan.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.