Berita

Project CARS 2 Menampilkan 10 Model Ferrari; Pelancaran Trailer Terbaru

Ferrari-Project-CARS-2
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

10 buah model Ferrari boleh didapati dalam permainan perlumbaan Project CARS 2 yang akan datang, Slightly Mad Studios dan Bandai Namco telah mengesahkan perkara ini.

10 buah model Ferrari itu adalah;

  1. The Ferrari 330 P4
  2. 365 GTB4 Competizione
  3. 288 GTO
  4. F40 LM
  5. F333 SP
  6. F50 GT
  7. Enzo Ferrari
  8. 488 GT3
  9. 488 GTE
  10. LaFerrari

Semua model akan tersedia dalam permainan pada pelancaran, pada 22 September.

Memandu Ferrari, adalah impian peminat tegar motorsport yang kini dapat dirasai sepenuhnya dalam Project CARS 2.

Bermula dengan kereta yang paling indah pernah berlumba, Ferrari 330 P4 tahun 1967 (gambar yang dengan bangga dipamerkan di pejabat Enzo Ferrari sejak meraih kemenangan di Daytona), diteruskan dengan GT moden Ferrari, 488 GT3 dan model ikonik Ferrari seperti Ferrari 288 GTO 1984 (supercar pertama yang mencapai had laju 300km/j) dan juga F40LM tahun 1989 (versi GT supercar pertama mencapai 370km/j)

Treler baru yang mempamerkan beberapa model Ferrari juga telah dikeluarkan;

Project CARS 2 akan dilancarkan ke PC, PlayStation 4 dan Xbox One pada 22 September 2017.

Sumber: wccftech

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel lain seperti ini:

Project Cars 2 : Akan Menyokong PSVR Dan 4K Pada PS4 Pro, Dan Xbox Scorpio

Project Cars 2 : Apa Yang Anda Perlu Tahu

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.