Berita

Projek Game of Thrones Daripada Bethesda Tertiris

games-of-thrones
Diolah oleh Konsol

Pada tahun 2011, dunia hiburan dunia telah digemparkan dengan perlancaran siri drama terbaru iaitu Game of Thrones. Sejak daripada saat itu, bermulalah pelbagai masalah gejala sosial seperti ponteng kelas dan mengular ketika waktu bekerja, semata-mata ingin menonton episod terbaru Game of Thrones pada setiap minggu.

Oleh itu, boleh dikatakan, drama siri Game of Thrones ini adalah antara drama bersiri yang paling diminati oleh kebanyakan peminat siri drama diseluruh dunia.

Disebabkan perkara ini, tidak lama dahulu, kita telah pun mendengar desas-desus mengenai pembangunan permainan video terbaru berasaskan daripada siri drama Game of Thrones ini daripada pengeluar ¬†permainan video terkemuka¬†iaitu Betheda’s.

Tetapi agak mengecewakan apabila selepas itu, tidak lagi kedengaran sebarang berita mengenai progres pembangunan permainan ini.

Walaubagaimanapun, semalam akhirnya projek mengenai pembangunan permainan Game of Thrones ini telah pun tetiris ke laman sesawang.

Merujuk kepada laman sesawang jualan permainan video yang berpengkalan di Amerika Syarikat iaitu AS Target, mereka telah pun menyenaraikan permainan video Game of Thrones daripada Bethesda.

Perkara ini sekaligus telah menguatkan lagi segala desas-desus yang kita dengar saban tahun ini iaitu, memang benar pihak Bethesda sedang giat membangunkan permainan yang bakal mendapat sambutan luar biasa ini.

Setakat ketika artikel ini ditulis, tiada sebarang pihak yang telah membuat sebarang penafian mengenai ketirisan ini. Jika permainan ini benar-benar akan dilancarkan kelak, kita bakal melihat kembali masalah gejala sosial yang menlanda kita hampir 7 tahun yang lepas berulang kembali ūüôā

Apa kata anda? Adakah sebagai seorang peminat tegar siri Game of Thrones, anda akan memainkan siri permainan terbaru ini jika ia dilancarkan kelak?

Kongsikan pendapat anda bersama kami.

Sumber: GamingBolt

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.