Berita

Promosi Jumaat Hitam (Black Friday) Di PSN Store Kini Kembali Sehingga 28 November Ini

Diolah oleh Konsol

Bulan November dan Disember adalah bulan yang paling dirahmati bagi setiap peminat permainan video. Ini kerana pelbagai siri promosi dan potongan harga bakal berlaku pada 2 bulan terakhir ini pada setiap tahun.

Terbaru, bersempena promosi “Jumaat Yang Hitam” (Black Friday), PSN Store telah pun melangsungkan acara promosi sehingga 28 November ini. Pada pemantauan kami, pelbagai permainan telah pun mengalami potongan harga sehingga 40%.

Dibawah ialah antara senarai permain yang mendapat potongan harga bersempena promosi ini.

  • FIFA 18 RM219 RM124.83
  • Gran Turismo Sport Digital Deluxe RM249 RM199.20
  • Assassin’s Creed Origins Digital Gold Edition RM310 RM217
  • Uncharted 4: A Thief’s End RM149 RM74.50
  • Uncharted: The Lost Legacy RM149 RM119.20
  • Middle-Earth: Shadow Of War RM269 RM188.30
  • Need For Speed: Payback RM219 RM131.40
  • The Witcher 3 – Game Of The Year Edition RM189 RM94.50
  • Project Cars 2 RM239 RM167.30
  • Bloodborne: The Old Hunters Edition  RM189 RM75.60

Apa yang menarik tentang promosi ini kerana bukan sahaja permainan yang kurang popular diberikan potongan harga, malah permainan yang amat digemari oleh peminat permainan video juga telah pun mendapat potongan harga yang menakjubkan seperti permainan Fifa 18, Assassin’s Creed Origins dan Uncharted.

Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini, bertindak segera bagi mendapatkan pelbagai permainan dengan potongan harga yang menawan sekarang juga 🙂

Promosi PSN: Jualan Black Friday

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.