Berita

Promosi Kaw-Kaw Bulan Oktober Telah Bermula Hari Ini Sehingga 17 Oktober Di Playstation Store

Diolah oleh Konsol

Ada yang mengatakan jika anda dilahirkan didalam bulan Oktober, anda bukan sahaja romantik, bijaksana dan menjadi rebutan ramai. Malah anda juga adalah pembawa tuah kepada orang lain. Rasanya mungkin ada kebenarannya kata-kata ini kerana bulan Oktober adalah salah satu bulan yang mempunyai pelbagai pesta, keramaian dan promosi jualan yang amat menarik.

Kini pada 2017, bulan Oktober lebih meriah dengan kehadiran promosi kaw-kaw yang dilakukan oleh pihak Sony di Playstation Store. Sejumlah permainan yang amat menarik telah mengalamai potongan harga sekitar 40% – 50%(jika anda telah melanggani Playstation Plus) dan promosi ini bermula pada hari ini sehingga 17 Oktober ini.

Antara permainan yang terlibat dengan promosi ini adalah seperti:

  • For Honor RM240 RM144
  • Heavy Rain & Beyond: Two Souls RM185 RM74
  • Rainbow Six Siege RM119 RM83.30
  • Tales Of Zestiria RM210 RM105
  • Driveclub RM108 RM43.20
  • Metro 2033 Redux RM62 RM24.80
  • Crash Bandicoot Nsane Trilogy RM150 RM120
  • Nioh RM214 RM128.40
  • Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm Legacy RM270 RM189
  • Watch Dogs 2 Gold Edition RM239 RM143.40
  • Ghost Recon Wildlands RM240 RM144

Selain daripada itu senarai permainan diatas, terdapat banyak lagi permainan yang mempunyai potongan harga, termasuklah sejumlah penambahan kandungan (DLC). Jadi apa tunggu lagi dapatkan sekarang juga permainan-permainan ini pada harga promosi di pautan di bawah.

Bukan ke menteri dengan CGPA 3.8 kita menyarankan pengguna untuk menjadi pembeli yang bijak 🙂

Dapatkan potongan harga kaw-kaw disini: Promosi Permainan Di Playstation Store

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.