Berita

PS Plus: Dapatkan Enam Permainan Percuma Untuk Bulan Julai 2017

Diolah oleh hang92

Pada bulan Julai 2017 ini pelanggan PlayStation Plus bakal menerima beberapa permainan yang agak menarik. Antara permainan yang telah diumumkan adalah termasuk :

  • Deception IV: The Nightmare Princess
  • Game of Thrones: The Complete Season
  • Fat Princess Adventures
  • Element4l
  • Eat Them!
  • Hatoful

Kesemua permainan ini boleh dimuat turun bermula daripada 6 Julai sehingga 2 Ogos 2017. Cuba anda saksikan video daripada PlayStation Asia dibawah:

Untuk meraikan ulang tahun ke-7 PlayStation Plus, PlayStation Plus Asia juga turut menawarkan permainan percuma Just Cause 3 kepada semua pelanggan PlayStation Plus bermula daripada 8 Jun sehingga 7 Julai.

Selamat memuat turun!

sumber: PlayStation Asia [Youtube]

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.