Berita

PS PLUS: METAL GEAR SOLID V ANTARA TARIKAN UTAMA UNTUK BULAN OKTOBER 2017

Diolah oleh hang92

Pada bulan Oktober 2017 ini pelanggan PlayStation Plus bakal menerima beberapa permainan yang agak menarik. Antara permainan yang telah diumumkan pada Youtube Playstation Asia adalah termasuk :

  • METAL GEAR SOLID V: THE PHANTOM PAIN
  • Strike Vector EX
  • Hue

Selain itu, Playstation Plus untuk Oktober ini juga menyaksikan penawaran percuma permainan RIGS Mechanized Combat League khas kepada pemilik Playstation VR

Kesemua permainan ini boleh dimuat turun bermula daripada 5 Oktober sehingga 8 November 2017.

Anda boleh saksikan video daripada PlayStation Asia dibawah:

Jadi, bagaimana tawaran permainan untuk bulan Oktober ini? Okay atau tidak okay?

Akhir kata, selamat memuat turun!

sumber: PlayStation Asia [Youtube]

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.