Ura-ura

PS Vita – Sony Jepun Masih Belum Hilang Harapan

Diolah oleh hang92

Sony nampaknya masih belum berputus asa dengan PlayStation Vita. Sekurangnya tidak di negara Gunung Fuji itu.

Konsol bimbit, ataupun handheld ini masih lagi berada dalam angka jualan yang boleh diterima di Jepun dan ini bermakna bahawa Asia Sony Interactive Entertainment tidak meninggalkan sepenuhnya pemasaran terhadap konsol bimbit ini.

Pengasas Trendy Nikkei, Atshushi Morita berkata “Selepas ini, Sony Jepun akan terus menumpukan perhatian kepada Vita dan meningkatkan bilangan pengguna yang muda”

“Tahun ini, mereka merancang untuk membangunkan IP yang bertujuan khusus untuk kanak-kanak bermain.”

Morita mengesahkan bahawa Sony sebenarnya akan membuat dan melancarkan permainan bercorakkan parti atau berbilang pemain pertama untuk Vita

Maksudnya, PS Vita boleh dimainkan secara serentak dalam sekumpulan orang.

Walaupun Nintendo Switch banyak dipromosikan di luar Jepun, masih ada ruang untuk Sony untuk menjual banyak lagi konsol bimbit di negara asalnya.

Mengambil kesempatan sementara ada ruang kosong di dalam negara. Bijak bijak.

sumber : Trendy Nikkei

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.