Imbasan

[PS VR] UNTIL DAWN : RUSH OF BLOOD

Diolah oleh Along Naz

Pakai dan ikat dengan kemas tali pinggang keledar anda di dalam roller-coaster yang paling menggerunkan yang bakal anda naiki!

Daripada kumpulan yang memerah keringat di sebalik pembikinan permainan PS4 klasik seram, Until Dawn, dan kemudian permainan ini Until Dawn : Rush of Blood – pengalaman yang pasti menghadirkan satu  kepuasan berbeza untuk penggemar permainan menembak ini.

Dalam permainan ini, anda perlu mempersiapkan diri anda sepenuhnya bagi melalui segerombolan musuh serta raksasa yang datang dari segala sudut bagi membunuh anda.  Mudah sahaja, hanya tunduk dan elakkkan diri dengan apa saja yang dibaling oleh musuh anda semasa anda menaiki roller- coaster yang penuh dengan kegerunan dan ketakutan – ini khas kepada penggemar eksklusif untuk PlayStation VR.

Persoalannya? Berjayakah anda meneruskan survive anda sehingga tahap ke tujuh? Dengan pelbagai laluan yang memberikan mimpi ngeri yang berbeza, yang terus menghambat ketakutan anda, tiada sama sekali dua orang penunggang akan bersama- sama. Mampukah anda?

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.