Berita

PS2 Diundi Sebagai Platform Permainan Terbaik Sepanjang Zaman Oleh Majalah Famitsu

Diolah oleh hang92

Majalah Famitsu, sebuah majalah bertemakan permainan video paling popular di Jepun telah mengeluarkan keputusan daripada undian yang telah dibuat. Dalam undian yang dibuat untuk pembaca majalah itu, PlayStation 2 telah muncul sebagai platform permainan terbaik sepanjang zaman di kedudukan yang pertama.

Hasil daripada tinjauan ini telah mengumpul sebanyak 5.287 undian, 55% adalah daripada lelaki, 44% daripada perempuan. 18% di dalam lingkungan remaja bawah 18 tahun, 40% pada umur 20-an, 29% pada umur 30-an, 10% di dalam umur 40-an, dan 2% dalam lingkungan 50-an.

Tinjauan ini dilakukan pada 7 Julai sehingga 18 Julai.

Pasti terdapat perbezaan pendapat dengan senarai ini kerana kebanyakan undian ini dipengaruhi oleh selera unik penduduk di Jepun – tetapi secara keseluruhan, ia adalah keputusan permainan yang menarik dan kami bersetuju mengenai undian ini.

Platform permainan ini telah diputuskan mengikut undian seperti berikut:

  1. PS2 – 16%
  2. PlayStation – 15%
  3. Super Famicom – 11%
  4. PS4 – 8%
  5. PS3 – 6%
  6. Arcade – 5%
  7. Dreamcast – 5%
  8. PC – 5%
  9. Famicom – 5%
  10. Gamecube – 3%
  11. N64 – 3%
  12. PSP – 3%
  13. Sega Saturn – 3%
  14. PS Vita – 3%
  15. 3DS – 2%
  16. Wii – 2%
  17. Lain-lain – 6%

Selain itu, majalah Famitsu juga membuat undian tentang penerbit permainan mana yang menjadi pilihan pembaca. Tempat pertama dimenangi oleh Sega, Square Enix dan seterusnya.

  1. Sega – 20%
  2. Square Enix- 17%
  3. Konami – 12%
  4. Nintendo – 11%
  5. Atlus – 7%
  6. Spike Chunsoft – 5%
  7. Bandai Namco – 4%
  8. Capcom – 4%
  9. Sony Interactive Entertainment – 3%
  10. Koei Tecmo  – 2%

Baca juga: Persona 5 Diundi Sebagai Permainan Terbaik Sepanjang Zaman Oleh Majalah Famitsu & Persona 5 Diundi Sebagai Permainan RPG Terbaik Sepanjang Masa Oleh Pembaca Famitsu

sumber: DualShockers, Famitsu Weekly

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.