Tips

PS4 : Bagaimana Hendak Menyambung Audio Dari DualShock4 Ke Fon Telinga

Diolah oleh hang92

DualShock 4 merupakan pengawal PS4 yang mempunyai beberapa penambahbaikan ke atas generasi pengawal sebelumnya.

Sistem baru ini telah membolehkan fon kepala mono dengan mikrofon disambungkan kepada pengawal. Kualiti stereo yang lebih tinggi disokong sesuai untuk anda bermain persendirian tanpa gangguan bunyi dari luar.

Selain itu, DualShock 4 mempunyai touchpad yang boleh diklik, rekaan semula butang R2 / L2, kayu analog baru, pembesar suara dan mikrofon pada pengawal juga diletakkan sekali.

Kebanyakan daripada anda sudah memiliki fon kepala / mikrofon kerana kebanyakan telefon bimbit baru Android dan iPhone telah menawarkan set ini secara percuma dan mungkin anda boleh menggunakan set ini kepada pengawal DualShock 4 anda.

Apa yang lebih menarik adalah anda boleh menetapkan semua output audio PS4 untuk fon kepala anda. Ini termasuk sebarang audio yang disalurkan dari PS4 termasuk Netflix, permainan, muzik, dan chat.

1 – Semasa dalam permainan, tahan butang PS di pengawal Dualshock 4 selama 3 saat sehingga anda nampak submenu.

PS-submenu

2 – Pilih Adjust Devices

Audio-options

3 – Cuba cari Output to Headphone, dan tekan ke pilihan tersebut

4 – Jika tetapan kilang, ianya telah ditetap sebagai Chat Audio, OK anda akan ubah kepada All Audio

audio-alloutput

5 – Siap! Tekan butang PS pada pengawal anda dan kembali pada permainan semula.

6 – Anda juga boleh ubah kekuatan bunyi pada fon kepala anda juga. Tahan butang PS pada pengawal anda sepeti arahan di (1) tadi dan ubah pada Adjust Devices 

Jangan risau, PS4 cukup pintar untuk menukarkan kembali kepada audio TV semula apabila anda mencabut alat dengar dari DualShock 4 secara automatik.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.