Imbasan

[PS4 DAN PS VITA] DYNASTY WARRIORS: GODSEEKERS

Diolah oleh Along Naz

Kisah ”The Three Kingdom” yang tidak pernah diceritakan

Siri “Dynasty Warriors” ini merupakan permainan simulasi RPG. Dibintangi oleh anak muda, Zhao Yun,  yang amat terkenal dengan kesetiaannya dalam menjalankan tugas. Dan kisah yang digambarkan ini saling tak tumpah seperti cerita “Romance of the Three Kingdoms”.

Permainan ini menampilkan keadaan di mana situasi unit tentera yang sangat ramai bersesak-sesak di medan perang bagi menggambarkan betapa haru-birunya keadaan semasa berperang.

Sebagai tambahan, aksi serangan yang dilakukan  oleh Musou dan Charge di dalam siri Dynasty Warriors”, pemain akan menyerang musuh secara taktikal dan penuh strategi. Nikmatilah keseronokan permainan ini dengan merosakkan unit- unit tentera dengan satu pukulan.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.