Imbasan

[PS4 dan PS VITA] GAROU: MARK OF THE WOLVES

Diolah oleh Along Naz

Sempena ulangtahun yang ke 25 pada tahun 2016, Fatal Fury telah mengeluarkan semula permainan khas untuk Playstation 4 dan juga Playstation Vita.

Permainan ini awalnya dilancarkan pada tahun 1999 sebagai pengganti kepada generasi seterusnya untuk siri FATAL FURY.  Garou : Mark of The Wolves telahpun dilancarkan pada 7 Disember 2016 lalu dan  memberi kelainan kepada peminat dengan cerita serta karektor yang baru untuk Playstation 4 dan juga Playstation Vita.

 

Kali ini ianya berkisar tentang Legendary Wolf dan karektor utama dalam siri Fatal Fury, Terry Bogard dan Rock Howard dan Geese Howard , berjuang demi haknya.

Terry telah melantik Rock menjadi orang kanannya dan membantu melunaskan dendamnya terhadap Geese.

Dalam siri ini, permainan ini diperkenalkan dengan sistem baru seperti T.O.P System, Just Defense, Breaking System dan tidak lagi menggunakan Line Sway System seperti dalam siri Fatal Fury.

Ini secara langsung dapat mewujudkan lebih banyak pertempuran serta menggayakan aksi yang lebih dramatik.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.