Imbasan

[PS4 DAN PS VITA] SUPER ROBOT WARS V

Diolah oleh Along Naz

Bersempena dengan ulang tahun ke- 25 siri “Super Robot Wars”, permainan “Super Robot Wars V” telah dilancarkan pada 23 Februari 2017. Permainan yang menjadi kegilaan ramai ini telah dikeluarkan khas untuk Playstation 4 dan juga Playstation Vita.

“Super Robot Wars V” meneruskan tradisinya dalam siri permainan taktikal RPG, dengan menampilkan siri animasi robot-robot yang terkenal.

Pemain boleh meneruskan keseronokan untuk bermain permainan taktikal RPG ini bersama- sama dengan robot kegemaran mereka dari pelbagai genre.

Tidak kira sama ada anda masih baru dalam siri “Super Robot Wars” ataupun peminat fanatik permainan ini, watak-watak yang ditampilkan pasti akan membawa anda bersama ke dalam dunia mereka!