Berita

PS4 Eksklusif Detroit: Become Human Kelihatan Mengagumkan Dalam 13 Minit Rakaman Dalam Permainan

Detroit-Become-Human
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Quantic Dream memperlihatkan hampir tiga belas minit rakaman dalam permainan untuk tajuk eksklusif PS4 – Detroit: Become Human di Tokyo Game Show.

Di dalam rakaman ini kita dapat melihat demo permainan penuh, dan bagaimana pilihan pemain mempengaruhi jalan cerita, termasuk beberapa pilihan yang hanya akan tersedia jika syarat-syarat tertentu dipenuhi.

Anda boleh melihat video rakaman permainan di bawah;

Detroit: Become Human dijangka dilancarkan secara eksklusif ke PS4 pada tahun hadapan. Setakat ini masih tiada sebarang pengumuman rasmi untuk tarikh tepat pelancaran permainan ini.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.