Imbasan

[PS4 EKSKLUSIF] GOD OF WAR III REMASTERED

Diolah oleh Along Naz

Anda masih mengingati permainan bergenre “Action” ini? Dalam ruangan imbasan kali ini kami ingin mengimbas kembali permainan yang pernah menjadi hangat suatu ketika dahulu.

GOD OF WAR III REMASTERED telah dibangunkan oleh Santa Monica Sony Interactive Entertainment secara eksklusif untuk  sistem Playstation 3. Kemudian ianya dinaiktaraf ke dalam sistem Playstation 4 dengan gameplay yang menyokong 1080p pada 60fps.

Permainan ini akan membawa anda ke dalam pertarungan yang sangat epik dengan grafik yang menakjubkan dengan pengolahan plot cerita yang meletakkan Kratos di tengah- tengah pusat pemusnahan dan tempat pembunuhan beramai- ramai seperti mana dia mengambil peluang untuk membalas dendam menentang “Gods” yang telah mengkhianatinya.

Bermula dengan kisah mitologi zaman Greek yang kejam, “God of War III Remastered” adalah permainan single- player yang membolehkan para pemain memegang peranan sebagai bekas pahlawan  Spartan, iaitu Kratos.

Kratos adalah seorang lelaki yang bangkit dari kegelapan alam roh bagi mendaki Gunung Olympus untuk memburu pengkhianat yang telah mengkhianatinya.

Dengan bersenjatakan mata pisau berkembar yang dirantai dan susunan senjata baru yang teratur beserta dengan magik, Kratos mesti mengikut makhlus-makhluk berbahaya bagi menyelesaikan teka- teki yang rumit di sepanjang pencariannya untuk memusnahkan Olympus.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.