Berita

PS4 Eksklusif Kamen Rider Climax Fighters Akan Mempunyai Sari Kata Inggeris Untuk Rantau Asia

kamen-rider-climax-fighters-ex-aid
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Bandai Namco Entertainment Asia mengumumkan bahawa Kamen Rider Climax Fighters untuk PS4 akan mempunyai sari kata Bahasa Inggeris dan suara dalam bahasa Jepun untuk rantau Asia buat kali pertama dalam sejarah francais permainan ini.

Walaupun suara akan kekal dalam bahasa Jepun (yang mungkin merupakan pilihan terbaik), mereka yang tidak memahami bahasa Jepun masih dapat menikmati permainan ini.

Kamen Rider Climax Fighters adalah permainan aksi pertempuran di mana Kamen Rider akan bertarung sesama mereka untuk menentukan siapa yang paling berkuasa diantara mereka semua. Senarai ini termasuk semua “Heisei Riders”, bermula dari Kamen Rider Kuuga hingga Kamen Rider Build yang terkini.

Baca juga: PS4 Eksklusif: Kamen Rider Climax Fighters Diumumkan

Permainan ini menyokong pertempuran 1 lawan 1 dan 2 lawan 2  dalam pandangan orang ketiga. Ia juga berkemungkinan untuk melawan sehingga empat pemain di atas talian.

Versi Asia akan dilancarkan pada masa yang sama dengan pelancaran di Jepun, pada 7 Disember, 2017.

Sumber: DualShockers

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.