Berita

PS4 Eksklusif: Kamen Rider Climax Fighters Diumumkan

Kamen-Rider-PS4
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Bandai Namco akan membawa satu lagi permainan Kamen Rider ke PS4 yang bertajuk Kamen Rider Climax Fighters.

Semasa tempoh rehat komersial siri baru Kamen Rider Build yang ditayangkan di Jepun, Bandai Namco mengumumkan permainan aksi pertempuran terbaru Kamen Rider Climax Fighters.

Jika anda tidak kenal dengan Kamen Rider, ia adalah francais adiwira yang sangat lama di Jepun. Dicipta oleh Shotaro Ishinomori pada tahun 1971, yang mempunyai 27 siri TV, ditambah dengan filem, manga dan banyak lagi.

Kami merupakan antara generasi yang agak kerap tidak hadir ke sekolah agama di petang hari untuk menonton siri Kamen Rider ini di televisyen.

Masih terngiang-ngiang lagu tema siri berkenaan di telinga kami. Di sini kami kongsikan dengan anda intro Kamen Rider (Satria Baja Hitam) kegemaran kami.

Setakat ini, masih tiada sebarang tarikh pelancaran dan rantau apakah yang akan dipasarkan permainan ini. Tetapi apa yang telah dilakukan Bandai Namco untuk permainan keluaran mereka sebelum ini, ia tidak mustahih permainan ini akan tersedia di kebanyakan rantau.

Sumber: DualShockers

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.