Imbasan

[PS4 EKSKLUSIF] OPERATION7 REVOLUTION

Diolah oleh Along Naz

Operatian7 Revolution telah di dilancarkan di pasaran Asia pada 6 Februari 2017 lalu. Permainan ini boleh dimuat turunsecara percuma di PS Store. Pengguna yang telah membuat pra- pendaftaran boleh boleh memuat turun pada add-on pra-pendaftaran.

Operation7 Revolution merupakan sekuel kepada ‘Operation7’, iaitu permainan FPS dalam talian.  Dan semestinya untuk permainan baru ini mempunyai beberapa pembaikkan terutama dari segi grafik dan juga sistem.

Operation7 sudahpun terkenal di negara- negara Asia dan Eropah, malahan ia mula popular di sekitar negara- negara benua Amerika terutamanya di Amerika Selatan. Disebabkan itu juga Operation7 Revolusi dikeluarkan secara eksklusif melalui Playstation 4.

Lebih menarik, permainan ini juga memberi sokongan untuk mod multi- player sehingga 16 orang pemain (8vs8). Anda boleh beraksi dengan peminat- peminat PS4 di serata dunia.

Weapon Assemble System merupakan satu ciri dalam Operation7 di mana sistem ini telah ditambahbaik dan diselenggara dengan konsisten. Ini membolehkan pemain untuk mengubahsuai dan mengumpul senjata- senjata utama di dalam 7 bahagian dan pemain juga boleh mengumpul dan mendapatkan ‘senjata- senjata unik’ mereka sendiri dalam pelbagai cara.

Operation7 Revolution juga menyokong pelbagai jenis sub- weapon dan barangan lain dan banyak sistem digunakan di dalam permainan ini seperti kecondongan, membidik, kuasa pecutan, penetrasi tembakan, sistem halaju peluru dan lain- lain.

Seperti yang diperkatakan di awal tadi, grafik permainan ini juga telah ditambahbaik. Ia juga menunjukkan pelbagai jenis senjata dan model karakter.

Sudahkah anda mencuba permainan Operation7 Revolution ini? Apa kata anda tentangnya?

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.