Imbasan

[PS4 EKSKLUSIF] SHADOW OF THE BEAST™

Diolah oleh Along Naz

SHADOW OF THE BEAST™ adalah permainan aksi- pengembaraan yang dibangunkan oleh  Heavy Spectrum Entertainment Labs untuk konsol PS4 pada tahun 2016.

Terokai dan jelajah sebuah kawasan yang agak asing bernama Karamoon, sebuah dunia yang penuh dengan keindahan, keganasan dan misteri. Pemain yang bersendirian untuk menggulingkan seseorang yang zalim bernama Maletoth.

Gameplay Shadow of The Beast menggabungkan elemen platform dan juga aksi. Jalan cerita yang mudah. Pemain perlu mengalahkan musuh. Ini boleh dilakukan dengan membuat serang- balas bagi menewaskan musuh. Manakala musuh- musuh yang berlindung di sebalik perisai perlu diserang daripada belakang bagi membunuh mereka.

Untuk pengetahuan anda, permainan asal ini telah dilancarkan pada tahun 1989 lagi, kira- kira 28 tahun lepas. Banyak perkara yang telah’dievolusikan’ dan dipertimbangkan terutama untuk grafik serta skor muziknya.

 Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.