Imbasan Pilihan Kami

PS4 : Harga Perbandingan Mengikut Negara, Mana Yang Paling Mahal di Dunia?

Diolah oleh Along Naz

Sekiranya anda rasa bahawa konsol PlayStation 4 yang baru adalah mahal di Malaysia, anda perlu  melihat pada harga konsol permainan ini di negara-negara lain.

Satu tinjauan telah dibuat oleh Bloomberg untuk membandingkan harga kos PS4 di 45 buah negara pada 2014.

Brazil merupakan negara yang menjual permainan konsol ini paling mahal iaitu dengan USD 1,702 (RM 5,531) manakala Argentina di tangga kedua dengan harga USD 1,388 (RM 4,511).

Bagaimana dengan Malaysia? Mengikut purata, harga sebuah konsol PS4 dijual pada harga USD 554 (RM 1,799) mengikut pasaran semasa.

Manakala Jepun merupakan negara yang mengeluarkan konsol paling murah di pasaran pada harga hanya  USD 392 (RM 1,274).

Berikut disenaraikan 15 negara yang paling mahal untuk membeli PS4 ini.

Negara Harga USD (RM)
Brazil 1,702 (5,531)
Argentina 1,388 (4,511)
Colombia 688 (2,236)
Norway 672 (2,184)
Chile 666 (2,165)
India 654 (2,126)
Denmark 653 (2,122)
Finland 625 (2,031)
Poland 625 (2,031)
Indonesia 620 (2, 015)
Thailand 615 (1,998)
Turkey 608 (1,976)
Hungary 598 (1,944)
Afrika Selatan 586 (1,905)

Sumber: Bloomberg, The Wall Street Journal

Adakah pada tahun 2017 akan menunjukkan perbezaan harga konsol tersebut mengikut negara? Kami rasakan carta harga tersebut akan mengekalkan kedudukan masing-masing walaupun perbandingan ini dibuat pada tahun 2014.

Pesan / Sikit : Perbandingan PS4 ini dilakukan pada tahu 2014, pada tahun tersebut hanya PS4 versi asal atau Fat sahaja yang boleh didapati. Sehingga kini, tiada lagi perbandingan rasmi dilakukan untuk PS4 Slim dan PS4 Pro.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.