Berita

PS4 Slim Berwarna Emas Akan Dijual Tidak Lama Lagi

Diolah oleh hang92

Jika anda merupakan orang yang suka kepada warna emas, tidak kira apa jua barangan anda mesti akan memilih warna emas. Contohnya telefon bimbit anda, kereta Proton Saga baru anda, atau mungkin juga tempat abu rokok anda juga berwarna emas.

Ada gambar telah bocor di internet baru-baru ini, kelihatan seperti imej PlayStation 4 Slim 1TB. Gambar ini muncul di Reddit pada minggu ini dan kelihatan sangat cantik.

Walaupun tidak banyak maklumat tambahan untuk perkara ini namun boleh kita sahkan bahawa konsol ini adalah produk rasmi dari Sony.

Pembaca daripada Reddit mengesahkan bahawa konsol ini boleh didapati mulai 9 Jun. Walaupun sebenarnya adalah lebih baik kita menunggu pengesahan daripada Sony.

Anda suka tak?

sumber : reddit

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.

Anda mungkin meminat artikel yang juga berkaitan dengan ini seperti:

Antara Aksesori Permainan Termahal Pernah Dicipta

Antara Permainan Video Yang Sangat Sukar Untuk Ditemui

Outlast 2 ; Pembangun Red Barels Studio Turut Akan Menjual Lampin Dewasa