Pilihan Kami Tips

PSN – BAGAIMANA UNTUK SET SEMULA KATA LALUAN PS4

Diolah oleh Along Naz

Kerap juga kita menghadapi situasi di mana kita tidak boleh untuk mengakses akaun PSN tidak kira lah sama ada kita terlupa email yang didaftarkan atau terlupa kata laluan untuk PSN.

Adakah anda salah seorang pengguna PS4 yang pernah mengalami pengalaman sebegini?

Selalunya apakah tindakan anda bagi menyelesaikan masalah ini? Agak memeningkan kepala bukan?

Untuk itu, kami di konsol.my ingin berkongsi sedikit ilmu ini bersama anda.

Sebenarnya, anda tidak perlu gusar kerana Playstation 4 ada menyediakan beberapa cara untuk mendapatkan semula akses untuk akaun anda.

Untuk mendapatkan semula akaun PSN, Pihak Sony telah menyediakan kepada anda 3 senario berbeza berdasarkan kepada situasi anda ;

1 – Untuk mengubah kata laluan PSN dengan yang baru.

Pilih akaun utama anda yang anda mahu tukar kata laluan.

Langkah pertama adalah anda perlu tekan ‘Up’ pada D-Pad untuk buka ‘Function Area’. Selepas itu terus ke ‘Settings’ > ‘PSN [Account Information]’ > ‘Password’ kemudian tekan ‘X’.

Masukkan ID pengguna dan kata laluan dan diikuti dengan kata laluan yang baru dan buat pengesahan.

Anda sekarang boleh menggunakan kata laluan PSN yang baru

2 – Untuk mengubah kata laluan PSN sekiranya anda tidak tahu kata laluan anda, tetapi anda mempunyai akses kepada akaun emel dan tarikh lahir yang disertakan bersama akaun

Sama seperti proses yang telah dinyatakan sebelum ini, tekan ‘Up’ pada D- pad untuk buka ‘Function Area’.

Sekarang terus ke ‘Settings’ > ‘PSN’ > ‘Sign- in’. Masukkan ID pengguna dan pilih ‘Forgot Your Password?’

Anda akan diminta untuk memasukkan ID pengguna dan diikuti dengan tarikh lahir anda bagi mengakses akaun tersebut.

Kemudian sila sahkan tarikh lahir anda, dan anda akan menerima emel yang telah didaftarkan bagi akaun PSN di mana emel tersebut menyediakan arahan untuk anda set semula kata laluan. Jangan lupa untuk memeriksa Junk/ Spam folder sekira arahan yang diberikan tiada dalam inbox folder anda.

3 – Untuk mengubah kata laluan PSN sekiranya anda tidak tahu kata laluan anda dan anda tidak mengingati kedua- dua perkara ini iaitu akaun emel dan tarikh lahir dengan akaun PSN.

Jelas sekali, boleh dikatakan hal ini merupakan masalah yang paling ‘teruk’ kerana akaun ini tidak aktif tetapi anda mahukan semula akaun ini kembali kerana anda terlalu sayangkan trofi dan pencapaian yang di dalam akaun yang anda terlupa kata laluan ini. 

Sekiranya anda tidak mempunyai akses kepada dalam mana-mana emel atau tarikh lahir, kami syorkan kepada anda untuk bertenang sambil kunyah cikedis.

Anda boleh menghubungi pihak Sony Customer Care Support kerana mereka boleh mengakses kedua-dua hal ini melalui sama ada telefon dan Live Chat.

Anda boleh menghubungi pihak Sony Customer Care Support melalui talian telefon 1-800-345-SONY (7669) ataupun untuk Live Chat , boleh hubungi Sony Customer Care Live Chat.

Kami cadangkan anda telefon talian khidmat pelanggan anda di pejabat anda memandangkan anda boleh jimatkan kos untuk panggilan antarabangsa. Biar pengurusan pejabat yang bayar, siapa suruh tak sediakan konsol PS4 kat bilik pantri.

sumber : playstation

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia