Berita

PUBG Kini Mencecah 1.5 Juta Pemain Dalam Satu-Satu Masa

Diolah oleh hang92

Baru-baru ini, kehebatan tentang permainan video yang paling popular iaitu PlayerUnknown’s Battlegrounds tidak dapat disangkal lagi apabila permainan ini telah memecah rekod pengguna Steam di mana permainan ini telah pun berjaya mengumpul sebanyak 1.5 juta pemain dalam satu-satu masa. PUBG juga telah mengalahkan permainan Dota 2 dimana Dota 2 telah mengumpul seramai 1,342,857 pemaina, manakala MOBA pula hanya mencecah 1,295,114 orang pemain.

[Kemaskini] Berita terbaru yang kami terima bahawa jumlah terkumpul pemain PUBG kini sudah mencecah 1,523,179 juta orang pemain.

Kesemua statistik anda boleh saksikan di SteamCharts, dimana anda boleh melihat bahawa betapa popularnya permainan ini sejak ianya dilancarkan pada bulan Mac lepas tahun ini pada platform Steam.

Selain itu, akaun Twitter PLAYERUNKNOWN juga telah dikemaskini, mereka menyatakan bahawa tiga kenderaan baru akan didedahkan tidak lama lagi, dan salah satunya adalah sebuah van. Van yang dimaksudkan seperti gambar diatas kemungkinan berasal daripada jenama Volkswagen.

Akhir kata, permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds ini hanya boleh dimainkan dengan early access Steam pada platform PC buat masa ini. Permainan ini juga dijadualkan untuk dilancarkan pada platform Xbox One melalui early access Xbox Game Preview tidak lama lagi.

Jadi ada tak sesiapa disini yang sedang memainkan permainan ini? Boleh kongsikan pengalaman anda bersama kami.

Sumber: SteamCharts

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.