Berita

Raikan Ulangtahun Ke-10 Permainan The Witcher Dengan Wallpaper Rasmi Mereka

Diolah oleh hang92

Penerbit permainan daripada Poland, CD Projekt Red telah meraikan ulangtahun ke-10 permainan terkenal dan kesayangan orang ramai iaitu The Witcher. 

Hari ini, mereka telah melancarkan kertas dinding, wallpaper rasmi untuk menghiasi muka hadapan komputer dan muka hadapan telefon bimbit anda.

Seperti umum ketahui, permainan ini dicipta berdasarkan siri novel The Witcher oleh seorang penulis daripada Poland iaitu Andrzej Sapkowski pada tahun 2007. Namun malangnya novel dan permainan ini tidak mendapat sambutan pada keluaran kali pertama mereka. Hal ini disebabkan permainan ini terpaksa bersaing dengan tajuk-tajuk permainan besar lain seperti Uncharted, BioShock, Mass Effect, Assassin’s Creed, Crysis, Crackdown, dan Portal

Namun, CD Projekt Red tidak berhenti untuk berusaha. Mereka kemudian menerbitkan sambungan siri kedua dinamakan sebagai The Witcher 2: Assassin’s of Kings — yang telah menolong sedikit sebanyak dalam memperkenalkan permainan ini kepada mata pemain di seluruh dunia.

Kemudian diikuti pada tahun 2015, The Witcher 3: Wild Hunt telah dilancarkan, menyimpulkan trilogi lengkap dan kisah Geralt. Tambahan lagi, projek ketiga oleh CD Projekt Red ini iaitu The Witcher 3: Wild Hunt diangkat menjadi permainan tahunan terbaik dan telah banyak memenangi anugerah tersohor di seluruh dunia. The Witcher 3: Wild Hunt telah dijual dengan angka yang menakjubkan iaitu sebanyak 6 juta di dalam enam minggu pertama dari tarikh pelancaran.

Setakai 30 Mac 2017, keseluruhan siri ini telah terjual sebanyak 25 juta unit permainan. Tidak dinafikan lagi bahawa CD Projekt Red merupakan syarikat penerbit yang sangat disayangi oleh majoriti pemain permainan video di dunia ini.

Jadi, bercerita tentang permainan The Witcher ini, untuk meraikan ulangtahun ke-10 mereka, CD Projekt Red telah pun mengeluarkan kertas dinding rasmi mereka, anda boleh memuat turun kesemua kertas dinding yang ditawarkan tersebut di SINI

Jika anda terlepas cerita baru-baru ini, CD Projekt Red juga ada mengeluarkan video sentapan jiwa (kami mengaku kami ada keluar air mata sedikit) yang memaparkan Geralt dan juga watak lain di dalam permainan tersebut seperti Triss Merigold, Yennefer, Ciri, Lambert, Dandelion, Zoltan Chivay, Eskel, Shani, dan pastinya Roach.
Anda boleh menangis selepas menyaksikan video ulangtahun ke-10 The Witcher di bawah.

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.