Berita

Rainbow Six Siege Mempunyai Pemain Berdaftar Lebih 20 Juta Dengan 2.3 Juta Bermain Setiap Hari

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Rainbow Six Siege telah mencapai pencapaian yang agak besar dengan 20 juta pemain berdaftar.

Ubisoft juga mengumumkan permainan ini mencatat 2.3 juta pemain masuk ke dalam permainan setiap hari.

Rainbow Six Siege

Dalam beberapa minggu akan datang, kemas kini yang diberi nama Operation Health akan dilancarkan bersama dengan pelepasan Season Three yang ditetapkan di Hong Kong.

Operation Health adalah satu inisiatif yang dimulakan oleh studio bermula pada bulan Mei untuk menyelesaikan pelbagai isu dan peningkatan teknologi untuk meningkatkan mutu permainan Rainbow Six Siege.

Inisiatif tiga bulan itu juga memperbaharui hala tuju permainan, yang mendorong kandungan Hong Kong yang dirancang untuk Musim 2 ke Musim 3 yang akan datang bulan ini.

Rainbow Six Siege Season Three dilengkapi dengan dua Operator baru dari Hong Kong’s Special Duties Unit (SDU), peta baru, dan senjata baru.

Sejak dilancarkan pada Disember 2016. Permainan ini telah berkembang dari 20 Operator hingga 30, dan pada masa ini terdapat 16 peta yang ditetapkan di serata dunia.

Rainbow Six Siege sudah boleh didapati untuk PC, PS4 dan Xbox One.

Sumber: vg247

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.