Berita

Rakaman Cara Permainan Assassin’s Creed Origins Pada Xbox One X Kelihatan Sangat Menakjubkan

Diolah oleh Konsol

Permainan Assassin’s Creed Origins yang bakal menemui para peminat mulai 27 Oktober ini akan memberi nafas baru pada siri permainan pembunuh upahan terkenal ini.

Pihak Ubisoft sendiri dengan yakin telah memberi jaminan kepada setiap para pemain permainan ini bahawa Assassin’s Creed Origins akan kelihatan menakjubkan di semua platform.

Bagi pemain di platform konsol khususnya, sudah pasti konsol Xbox One X adalah platform yang ditunggu ramai untuk memainkan permainan ini kelak.

Ini kerana semua telah maklum bahawa Xbox One X ialah konsol yang dilengkapi spesifikasi raksasa yang hanya mampu dicabar oleh platform PC pada ketika ini.

Baru-baru ini, satu rakaman permainan Assassin’s Creed Origins telah pun dipertontonkan. Rakaman ini dengan jelas memperlihatkan cara permainan Assassin’s Creed Origins pada konsol Xbox One X yang sangat gempak dan menggiurkan dari segi grafik dan jalan permainan.

Jom kita saksikan rakaman permainan ini pada konsol Xbox One X dibawah.

Dengan rakaman seperti ini, rasa tidak sabar pula untuk dapatkan konsol Xbox One X ini. Yelah dengan spesifikasi seperti golongan bangasawan tetapi dengan harga yang lebih mampu milik, apa lagi yang kita mahu rungutkan ye tak!

Apa kata anda? Kongsikan pendapat anda bersama kami diruangan komen 🙂

Sumber: GamingBolt

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.