Berita

Rakaman Dalam Permainan Pertama Untuk Taman Tema Sim Jurassic World

Jurassic-World-Evolution
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Permainan pengurusan taman dinosaur oleh Frontier Developments, Jurassic World Evolution, akan datang ke konsol dan PC pada tahun hadapan, 2018.

Pemain akan dapat mengoperasikan Jurassic Park mereka sendiri, menternak dan membiak baka dinosaur baru, membina tarikan dan fasiliti sangkar dan makmal penyelidikan.

Frontier Developments juga menawarkan pandangan pertama untuk rakaman dalam permainan dari Jurassic World Evolution. Ia kelihatan sangat bagus, dari segi pemandangan dan animasi velociraptor.

Jurassic World Evolution dijangka akan hadir ke konsol dan PC sekitar penayangan siri filem seterusnya, Jurassic World: Kingdom Fallen pada tahun hadapan, 2018.

Anda boleh melihat rakaman dalam permainan di bawah.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.