Berita

Razer Dalam Proses Membangunkan Telefon Pintar Khusus Bagi Permainan Video

Diolah oleh Konsol

Pihak Razer yang terkenal sebagai salah sebuah syarikat gergasi bagi aksesori permainan video telah mengumumkan bahawa mereka dalam proses membangunkan telefon pintar baru khusus bagi permainan video.

Berita ini walaubagaimanapun tidak begitu mengejutkan kerana pihak Razer sendiri telah pun membuat perancangan awal tentang perkara ini dengan membeli syarikat telefon pintar berasaskan storan awan yang dikenali sebagai Nextbit.

Sebelum ini syarikat Nextbit telah pun melancarkan telefon pintar berasaskan storan awan yang dijana sistem operasi Android iaitu Nextbit Robin. Sila lihat video dibawah untuk telefon Nextbit Robin yang dilancarkan sebelum ini.

Idea bagi telefon pintar khusus untuk permainan video ini bukanlah sesuatu yang baru kerana sebelum ini telah banyak syarikat lain seperti Nokia dan Sony yang diketahui telah pun membangunkan telefon pintar permainan video seperti Nokia N-Gage dan Sony Xperia Play.

Walaupun begitu, pihak Razer telah pun membina suatu jenama yang kuat didalam industri aksesori permainan video yang disasarkan kepada pemain video tegar.

Oleh itu, kami percaya jika telefon pintar khusus bagi permainan video ini dilancarkan oleh pihak Razer, ia bakal mendapat sambutan yang amat mengalakkan dari peminat-peminat tegar permainan video.

Itu pendapat kami, pendapat anda bagaimana pula?

Jom kita sembang mengenai pendapat dan pandangan anda tentang video menarik ini? Sila tuliskannya diruangan komen.

Pendapat dan pandangan anda amat kami hargai 🙂

Sumber: Gadgets

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia