Android & iOS

Razer Kini Sedang Menghasilkan Telefon Bimbit Memfokuskan Kepada Permainan – CEO

Diolah oleh hang92

Syarikat perkakasan permainan gergasi Razer kini sedang membangunkan telefon bimbit terbaru yang hanya memfokuskan kepada permainan video, syarikat tersebut memberitahu CNBC baru-baru ini.

Berita ini walaubagaimanapun tidak begitu mengejutkan kerana pihak Razer sendiri telah pun membuat perancangan awal tentang perkara ini dengan membeli syarikat telefon pintar berasaskan storan awan Nextbit pada Januari tahun ini..

Bukan sahaja ura-ura ini dinyatakan sebagai benar, CEO dan pengasas Razer iaitu Min-Liang Tan memberitahu CNBC hawa Razer berharap akan mendapat tempat di pasaran, sekurang-kurangnya pada pengakhir tahun ini.

– Hi, namo kawe Min-Liang Tan

“Sebenarnya pasaran telefon bimbit ini telah kami perhatikan sejak lama dahulu. Kami sedar bahawa ramai di antara pemain juga menggemari permainan di telefon bimbit, jadi kami akan laksanakan beberapa usaha untuk ke arah tersebut” kata Tan dengan penuh bersemangat

Bagi kami, produk telefon bimbit daripada Razer kami anggap sebagai sangat menarik, tidak mustahil produk yang bakal mereka keluarkan ini akan menjadi laku keras kerana Razer adalah sebuah syarikat gergasi yang sudah dikenali ramai dengan barangan berkualiti tinggi seperti perkakasan PC dan komputer riba.

sumber: CNBC

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Razer Wolverine Ultimate: Pengawal Terbaru Keluaran Razer Untuk Xbox One dan PC

MSI Membawa Keluar Pengawal Terbaru Force GC30 dan Force GC20 Untuk Konsol Dan PC

Evolusi Pengawal Dari 1972 Hingga Kini

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.