Berita

Razer Wolverine Ultimate: Pengawal Terbaru Keluaran Razer Untuk Xbox One dan PC

Diolah oleh hang92

Razer telah mengumumkan bahawa mereka telah mencipta suatu pengawal baru yang menyerupai dengan pengawal Xbox One Elite. Pengawal baru ini boleh mula didapati pada bulan hadapan dengan harga $159.99 (~RM678) dan boleh digunakan untuk bermain pada platform PC dan Xbox One.

Sama juga seperti pengawal Xbox One Elite, “Razor Wolverine Ultimate” mempunyai tiga kayu analog yang boleh ditukar, dua D-pads yang boleh ditukar, dan enam butang yang boleh diprogramkan oada bahagian belakang pengawal.

Menurut Razer, anda boleh memprogramkan butang di belakang bahagian pengawal dengan menggunakan applikasi Xbox One Razer, Synapse atau secara manual.

Bahagian yang paling menarik, pengawal ini juga mempunyai sistem Razer’s Chroma Lighting, bermaksud anda dapat mengubah lampu pada pengawal ini dengan pelbagai warna 16.8 juta warna yang sedia dipilih oleh anda. Warna yang berbeza ini akan membolehkan pengawal anda menjadi lain daripada yang lain daripada pengawal biasa di luar sana.

Pengawal ini juga akan menyediakan sekali bekas untuk membawanya, kabel USB mikro sepanjang 10 kaki, dan juga lubang audio 3,5mm untuk set kepala anda.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ciri-ciri penh pengawal ini, anda boleh klik di laman web rasmi Razer di sini.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia