Ura-ura

Red Dead Redemption 2 – Peminat Masih Berteka-teki

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Selepas gembar-gembur yang penuh kesamaran, Rockstar masih lagi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tentang berita terkini untuk Red Dead Redemption 2.

Baru-baru ini, beberapa bukti telah keluar di atas talian, yang menunjukkan siri permainan Red Dead Redemption 2 mungkin adalah prequel dan bukannya sekuel.

Setakat ini pihak Rockstar Games hanya mengesahkan bahawa Red Dead Redemption 2 masih dalam pembangunan, dengan trailer pertama telah didedahkan selepas beberapa hari pengumuman itu.

Walau bagaimanapun beberapa peminat membuat spekulasi bahawa Red Dead Redemption 2 mungkin adalah sekuel berdasarkan dengan bagaimana Red Dead Redemption yang pertama berakhir. Pada pengakhiran Red Dead Redemption, protagonis utama, John Marston mati.

Jika spekulasi ini benar dan sememangnya akan berkisarkan peristiwa selepas Red Dead Redemption pertama. Maka mungkin kita boleh melihat Red Dead Redemption 2 akan memfokuskan kepada anak lelaki John Marston dan krewnya.

Tetapi pada awal bulan ini, seorang peminat tegar Red Dead Redemption, mendedahkan bahawa beberapa pelakon suara dari siri permainan pertama telah mengikuti satu sama lain di Twitter. Termasuk pelakon suara Marston, Rob Wiethoff, dan Steve J. Palmer, yang menyuarakan Bill Williamson dalam permainan asal.

Satu petunjuk yang ketara juga timbul di atas talian adalah resume seorang pelakon yang memaparkan beliau akan melakukan motion capture untuk watak “Dutch” di dalam Red Dead Redemption 2, watak yang telah mati dalam Red Dead Redemption pertama. Adakah ini menunjukkan Red Dead Redemption 2 adalah prequel?

Setakat ini, Rockstar masih belum mengulas mengenai spekulasi ini. Diharapkan, lebih banyak berita mengenai permainan ini akan diumumkan pada bulan-bulan akan datang. Red Dead Redemption 2 dijangka akan dilancarkan akhir tahun ini di Playstation 4 dan Xbox One.

Sumber : fraghero

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.