Berita

Reka Permainan Anda Sendiri Pada Nintendo Switch Dengan Fuze

Diolah oleh hang92

Cara yang paling mudah untuk menjadikan pembelajaran pengaturacaraan lebih menyeronokkan adalah dengan menjadikannya sebagai permainan pada Nintendo Switch. 

Fuze secara asasnya adalah sistem pengaturcaraan untuk mengajar kanak-kanak (atau orang seperti kami yang mempunyai pengetahuan pengaturcaraan seperti kanak-kanak) kemahiran tentang pengaturcaraan.

Anda boleh menggunakan Fuze untuk mempelajari bahasa pengaturcaraan seperti C ++, Python, Java, dan Scratch dan sistem antara muka, user interface dengan peranti seperti Raspberry Pi.

Kita sedia maklum bahawa terdapat banyak kelas tambahan di Malaysia menawarkan pembelajaran pengaturacaraan sebagai program yang boleh dipelajari. Malah, ada sekolah-sekolah di Malaysia telah membuka kelas pengaturacaraan sebagai subjek tambahan kepada murid-murid.

Walaubagaimanapun, Fuze pada Nintendo Switch telah membawa konsep pembelajaran ini ke tahap yang baru. Dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan berasaskan teks, pemain boleh mengaturcara permainan dengan grafik 2D atau 3D mereka sendiri serta mengawal suara, audio, ucapan, malah Joy-Con itu sendiri.

Jika anda terasa susah untuk menaip di skrin Swich, anda boleh menggunakan papan kekunci USB untuk menaip skrip aturcara dengan lebih cekap. Jangan lupa, konsol hibrid seperti Switch boleh dimainkan samada dipegang atau dimainkan pada TV. Maka Fuze juga berfungsi dalam mod di dalam dok atau tidak berada di dalam dok, jadi anda boleh mengaturcara di mana sahaja dan memaparkan ciptaan anda di TV.

Jika anda seorang yang begitu banyak menghabiskan masa dengan permainan video, sebenarnya jika anda sendiri belajar untuk membuat permainan video adalah satu langkah yang bijak.

Fuze untuk Nintendo Switch akan dilancarkan pada tahun 2018.

sumber: mynintendonews