Pilihan Kami Ulasan

Rekod Kematian Yang Disebabkan Oleh Permainan Video

Staff Astro
Diolah oleh Staff Astro

Lama dahulu kami ada menerbitkan satu artikel berkisahkan rekod permainan paling lama di dunia tanpa henti.

Namun di sebaliknya, ada juga pemain yang mencatatkan rekod tidak rasmi lalu disusuli oleh kematian pemain itu sendiri.

Ada di antara kita rakyat Malaysia bersikap melampau hingga menyebabkan kematian? Syukur sampai saat ini belum ada lagi di mana-mana berita tentang kematian rakyat Malaysia akibat bermain permainan video hingga menyebabkan kematian.

Di bawah, kami senaraikan beberapa kes kematian yang berkait dengan permainan video. Minta dijauhkan semua ini. Palis palis!

1 – Remaja 17 tahun mati selepas bermain selama 22 hari

Hanya dikenali sebagai Rustan dan dia merupakn peminat tegar permainan Defence of The Ancients. Minatnya datang selepas dia patah kaki kerana kemalangan jadi membuatkan dia mempunyai masa lebih untuk bermain permainan ini.

Image result for defence of the ancient

Dia mengambil inisiatif untuk bermain tanpa henti selama 2000 jam iaitu sesi tanpa henti selama 22 hari menyebabkan kematiannya.

2 – Antara orang terawal mati kerana permainan video

Jeff Dailey dan kawan baiknya Peter Burkowski adalah antara pemain video yang paling awal mati dalam sejarah permainan video. Mereka bermain permainan arked Berzerk terlalu lama.

Jeff terlebih dahulu diserang penyakit jantung selepas bermain untuk masa yang lama kerana terlalu ingin memecahkan rekod peribadi berulang kali.

Image result for Jeff Dailey berzerk

Setahun kemudian kawannya Peter pula mati kerana bermain terlalu lama.

3 – Kematian tiba-tiba selepas bermain Wii Fit

Tim Eves lelaki berumur 25 tahun didapati tiba-tiba rebah di hadapan kekasihnya selepas bermain Wii Fit.

Image result for tim eves wii fit

Pihak hospital percaya beliau kemungkinan besar diserang Sudden Adult Death Syndrome atau SADS.

Penyakit ini juga meupakan penyakit keturunan kerana penyakit genetik jantung ini diturunkan kepada generasi seterusnya.

4 – Lelaki muda Korea telah meninggal dunia selepas bermain Starcraft hampir 50 jam

StarCraft adalah eSport kegemaran rakyat Korea Selatan dan Lee Seung Seop adalah salah satu pemain yang paling bersemangat.

Kerasa taksub dengan permainan ini dia sanggup untuk hilang perkerjaan kerana Starcraft.

Image result for lee seung seop cause of death

Selepas bermain selama 50 jam dan semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, beliau terus rebah tak bermaya, walaupun Lee dikejarkan ke hospital, dia mati tidak lama selepas itu.

5 – Pemuda mati selepas bermain selepas 26 hari kerana makan makanan tidak berkhasiat.

Seorang pemuda di China telah menyertai satu sesi permainan yang gila yang mengambil masa selama 650 jam besamaan 27 hari terjadi di daerah Chaoyang.

Walaupun ini satu perkara gila tetapi dia berjaya membuat cara ini berjaya dengan beliau hanya mengambil masa beberapa jam sahaja untuk tidur dan makan mee segera sahaja untuk makan apabila lapar.

Image result for gamer eat noodle

Apa yang menyebakan dia mati adalah dia tidak makan makanan berzat dan bernutrisi lalu menyumbang kepada kematiannya.

6 – Mati selepas bermain permainan video Xbox selepas 12 jam

Chris Staniforth, 20 meninggal dunia selepas bermain permainan di Xbox selama 12 jam tanpa henti dan dia didapati mengalami darah beku di paru-parunya meyebabkan ianya tersumbat keranan kurang bergerak.

Mengikut pakar, serangan ini biasanya berlaku pada penumpang pernerbangan jarak jauh sahaja.

Image result for chris staniforth death

7 – Meninggal dunia selepas menyertai marathon selama 24 jam untuk mengumpul dana.

Brian Vigneault seorang pemuda lelaki berusia 35 tahun, mengambil bahagian dalam sesi marathon 24 jam untuk beramal.

Image result for brian vigneault death

Semasa bermain World of Tanks untuk mengumpul dana Make a Wish Foundation, dia hanya tidur seketika dan hanya berehat untuk menghisap rokok.

Akhirnya beliau terus rebah dan meninggal dunia. 

Kesimpulan

Buat anda yang mengikuti konsol.my dan anda yakin anda adalah seorang pemain konsol yang tegar disini, kami ingin ingatkan anda apa-apa pun rehat yang cukup sangat penting dan makanan anda juga memainkan peranan yang penting untuk terus bermain. 

Kerana tanpa anda siapalah kami. Jadi beringatlah ye.

Lagi-lagi banyak permainan baru sudah keluar dan anda ingin habiskan dalam masa yang terdekat. 

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.