Berita

Resident Evil 7 Gold Edition Dan DLC Terbaru Akan Hadir Disember Ini

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Permainan popular Residen Evil 7: Biohazard akan datang dengan versi Gold Edition pada bulan Disember ini yang mengandungi semua pek DLC terdahulu dan yang akan datang.

Dikeluarkan pada awal tahun ini, Residen Evil 7: Biohazard merupakan salah satu permainan yang mendapat sambutan menggalakkan untuk tahun ini.

Capcom kini telah mengumumkan pelancaran Residen Evil 7: Biohazard Gold Edition, yang akan mengandungi permainan asal dan kedua pek DLC “Banned Footage”, bersama dengan pengembangan DLC baru yang bertajuk “End of Zoe.”

Khususnya, pek pengembangan “End of Zoe” akan memperlihatkan kepada pemain ansuran mengejutkan jalan cerita Residen Evil 7 dimana pemain akan mengetahui apakah nasib Zoe. “End of Zoe” akan dimasukkan sebagai sebahagian daripada Gold Edition, sementara mereka yang sudah memiliki permainan Residen Evil 7 boleh membeli pek pengembangan ini sebagai sebahagian daripada Season Pass, atau membeli pek pengembangan itu sendiri.

Capcom juga mengumumkan DLC “Not a Hero” yang akan menampilkan watak veteran Residen Evil, Chris Redfield, juga akan dikeluarkan bersama Resident Evil 7: Biohazard Gold Edition sebagai kemas kini percuma pada 12 Disember 2017.

Resident Evil 7: Biohazard Gold Edition akan dilancarkan ke PS4, Xbox One, dan PC pada 12 Disember 2017, dan kedua-dua pek DLC yang akan datang, “End of Zoe” dan “Not A Hero” juga akan dilancarkan pada hari yang sama.

Sumber: DualShockers

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Permainan Buatan Semula Resident Evil 2 Akan Hadir Tidak Lama Lagi

Permainan Resident Evil: Revelations Telah Dipertontonkan Untuk PS4 Dan Xbox One

Video : Bila Adik Dipaksa Bermain Resident Evil 7

10 WATAK TERBAIK YANG TERDAPAT DI PERMAINAN RESIDENT EVIL

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.