Berita

Resident Evil Revelations 1 Dan 2 Akan Dilancarkan Ke Nintendo Switch November Ini

switch-resi-revelations-collection
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Awal bulan lalu Capcom telah mengesahkan bahawa Resident Evil Revelations 1 dan 2 akan datang ke Nintendo Switch.

resident-evil-nintendo-switch

Menurut laporan dari Famitsu (melalui Nintendo Everything), nampaknya tarikh pelancaran di Jepun untuk kedua-dua permainan ini telah didedahkan iaitu pada 30 November tahun ini. Malangnya tidak disebutkan bilakah permainan ini akan dilepaskan di pasaran seluruh dunia.

Resident Evil Revelation 1 dan 2 telah dikeluarkan untuk kedua-dua PS4 dan Xbox One menjelang akhir bulan Ogos lalu, jadi pemain di Nintendo Switch sebenarnya perlu menunggu untuk bermain permainan ini.

Ini bukanlah tajuk Resident Evil yang baru, berkemungkinan Capcom sedang menguji siri Resident Evil di Nintendo Switch untuk melihat jika tajuk Resident Evil yang akan datang sesuai untuk dilancarkan ke konsol hibrid ini.

Sumber: ubergizmo

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Resident Evil 7 Gold Edition Dan DLC Terbaru Akan Hadir Disember Ini

Permainan Buatan Semula Resident Evil 2 Akan Hadir Tidak Lama Lagi

Video : Bila Adik Dipaksa Bermain Resident Evil 7

Capcom Mengumumkan 3.7 Juta Salinan Telah Terjual Untuk Residen Evil 7

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.