Berita

Resident Evil Revelations Remastered : Akan Hadir Ke PS4 Dan Xbox One 31 Ogos Ini

resident-evil-revelations
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Residen Evil Revelations Remastered, yang mengandungi kandungan baru yang akan menjawab persoalan dan mendedahkan kebenaran dari jalan cerita Resident Evil utama di antara Residen Evil 4 dan 5.

Permainan ini telah ditambahbaik untuk konsol gen semasa dengan resolusi grafik 1080p, peningkatan perincian alam sekitar dan pergerakan makhluk-makhluk di dalam permainan.

Versi ‘remastered‘ ini juga akan mengandungi semua DLC kostum pakaian dan senjata yang dijual secara berasingan untuk Raid Mode – mod tunggal atau co-op atas talian di mana pemain meningkatkan tahap watak mereka dan memperoleh peningkatan senjata apabila mereka menghadapi gerombolan musuh dalam pelbagai misi.

Residen Evil Revelation Remastered akan hadir ke PS4 dan Xbox One pada 31 Ogos ini dengan tanda harga USD19.99 ~ RM85.82.

Sumber: wccftech

Permainan Resident Evil: Revelations Telah Dipertontonkan Untuk PS4 Dan Xbox One

10 WATAK TERBAIK YANG TERDAPAT DI PERMAINAN RESIDENT EVIL

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.