Ura-ura

RIGS: Mechanized Combat League — Khas Untuk PlayStation VR

Diolah oleh Along Naz

Adakah anda sudah memilik PlayStation VR? Jika ya, anda perlu memiliki permainan yang direka khas untuk PlayStation VR ini

Permainan yang menekankan taktikal secara berkumpulan atau solo ini sedia menanti anda. Pelancaran secara eksklusif untuk PlayStation®VR, RIGS meletakkan diri anda ke dalam arena pertempuran  yang melibatkan sukan  berjentera dan serta bersifat futuristik.

Dalam permainan ini, jika anda bermain secara solo ianya akan meningkatkan kemahiran taktikal anda di tahap tertinggi serta meningkatkan pengalaman yang ada akan membantu mempertingkatkan taktik pasukan berkumpulan anda.

Mechanized Combat League  adalah permainan yang mengisahkan tentang persaingan dalam siri acara permainan dalam –  liga sukan masa depan di mana pasukan juruterbang menentang antara satu sama lain di lokasi yang tertentu. Anda perlu berdepan dengan pasukan lain dari seluruh dunia dan menikmati kepuasan yang tidak terhingga  dalam mod permainan berkumpulan bersama-sama wira RIGS yang lain.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.