Berita

Riot Games menyaman syarikat yang membuat Mobile Legends, Shanghai Moontoon

Aizy
Diolah oleh Aizy

Jika anda pernah bermain dengan permainan Mobile Legends : Bang Bang yang dimajukan oleh Shanghai Moonton Technology, ia tidak mengambil masa yang panjang untuk anda menyedari bahawa secara keseluruhannya permainan itu telah melanggar hak cipta permainan League of Legends yang dimajukan oleh Riot Games.

Permainan yang telah dibawa ke mahkamah adalah, Mobile Legends: 5v5 MOBA , Mobile Legends : Bang Bang dan juga Magic Rush : Heroes. Amat jelas bahawa pembangun permainan daripada Shanghai Moonton meniru setiap perincian permainan League of Legends.

Diantara dakwaan oleh Riot Games terhadap Shanghai Montoon adalah;

  1. Logo League of Legends dan Mobile Legends mempunyai ciri-ciri yang sama, bahkan warna, jenis tulisan juga hampir sama.
  2. Permainan Magic Rush, juga meniru watak LoL yang bernama Annie.
  3. Spells yang hampir sama, konsep karakter yang betul-betul jelas meniru hak cipta Riot Games

Bagaimanapun, Riot Games telah menghubungi Google Play Store dan Apple Apps Store untuk mengeluarkan Magic Rush dan Mobile Legends : 5V5 MOBA. Tanpa memberi notis, Shanghai Moonton telah membuang Mobile Legends : 5V5 MOBA dari App Store dan Google Play Store.

Kemudian, Shanghai Moonton telah memuat naik semula aplikasi yang sama di atas nama yang berbeza iaitu Mobile Legends : Bang Bang.

Pihak Riot Games mempercayai bahawa Shanghai Moonton telah membuat keuntungan melebih ratusan ribu dollar, kemungkinan berjuta dollar dengan meniru League of Legends.

Bagi sesiapa yang tidak pernah bermain dengan Mobile Legends, anda boleh saksikan treler di bawah.

Nota editor: Artikel ini merupakan hasil tulisan saudara Aisy Hafiy. Jika anda juga ingin menjadi salah seorang penulis kami dan mahu tulisan anda dibaca oleh ribuan rakyat Malaysia,  hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke hubungi@konsol.my

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.