Imbasan

ROCKETBIRDS 2: EVOLUTION

Diolah oleh Along Naz

Dalam Siri imbasan kali ini pula kami bawakan kepada anda permainan Rocketbirds 2: Evolution  yang dilancarkan pada April 2016 lalu bagi platform PS4 dan PS Vita yang boleh dimuat turun secara percuma dengan Rescue Bundle DLC.

Dengan DLC Bundle anda boleh terus upgrade misi Rescue Mode di samping anda juga pasti menikmati upgrade patch, yang mana ini akan meningkatkan keseluruhan pengalaman keseronokan bagi kedua- dua game story dan juga Rescue Modes!

Kandungan percuma yang ditambah di dalam Rocketbirds 2: Evolution adalah toys baru pada gudang senjata di dalam misi Rescue Mode bersama perisai kalis peluru, chainsaws dan juga boxing gloves dan anda berupaya untuk unlock  semua kostum  Hardboiled Chicken untuk Rescue Mode.

Anda bosan dengan Rent-A-Ducks yang lama? Dengan bundle ini anda juga boleh gunakan Master Duck sendiri untuk membantu di dalam pertempuran melalui misi menyelamat dengan senjata yang telah di’upgrade’, atau mati mencuba!

Kongsikan pengalaman anda bermain permainan ini bersama kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.