Berita

Rockstar Games Akan Berkongsi Sesuatu Mengenai Red Dead Redemption 2 Pada 28 September Ini

Diolah oleh Konsol

Siapa yang tidak menantikan permainan dunia koboi ala GTA paling sensasi ini? Semua orang pasti teruja dengan kehadiran Red Dead Redemption 2. Sepanjang tahun 2017 ini, telah banyak desas desus mengenai pembangunan dan tarikh perlancaran permainan ini kita dengari.

Walaubagaimanapun, amat mendukacitakan kerana pihak pembangun permainan ini iaitu Rockstar Games telah pun menangguhkan tarikh perlancaran permainan ini pada bulan Mei 2017 yang lalu. Tiada sebab yang kukuh diberikan oleh mereka tentang penanguhan ini, sekaligus membuatkan ramai peminat siri permainan koboi ini resah dan gelisah.

Tetapi baru-baru ini, pihak Rockstar Games telah pun berkongsi gambar acah yang menunjukkan bahawa mereka akan mengumumkan sesuatu pada tarikh 28 September 2017 ini.

Mungkinkah pada 28 September ini pihak Rockstar akan mengumumkan tarikh perlancaran dan video trailer permainan Red Dead Redemption 2 ini?

Sama-sama kita nantikan pada 28 September 2017 ini ūüôā

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.