Berita

Rugby 18 : Hadir Ke PC, PS4 dan Xbox One Pada Oktober Ini

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Eko Software, Bigben Interactive, dan Maximum Games telah mengumumkan Rugby 18 untuk PC, PS4 dan Xbox One.

Permainan ragbi ini, telah berada di dalam proses pembangunan selama lebih 2 tahun, memperkenalkan kelab dan pemain daripada bahagian Northern Hemisphere, serta kelab dari England’s Premiership Rugby dan 14 pasukan teratas dari Perancis.

Rugby 18 sedang berusaha untuk menjadi salah satu permainan ragbi yang paling mendalam di pasaran dengan memberikan pemain pelbagai pilihan taktikal semasa perlawanan, sambil menambah fasa permainan yang pelbagai, dan dengan memberikan pemain keupayaan untuk belajar dan memperbaiki kemahiran teknikal dalam permainan.

Secara keseluruhan, akan ada lebih daripada 2,000 pemain ragbi profesional dari musim 2017-2018 di dalam Rugby 18 bersama mod pengurusan, di mana pemain boleh membina dan membangunkan pasukan mereka sendiri.

Rugby 18 akan hadir ke PC, PS4 dan Xbox One Oktober ini.

Sumber : dualshockers

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.