Berita

Sah! Days Gone, God Of War Dan Spider-Man Akan Dilancarkan Pada Suku Pertama 2018

Diolah oleh Konsol

Jika pada acara E3 2017 yang lepas, pendirian Sony terhadap tarikh perlancaran sebenar kepada beberapa siri permainan video paling dinanti ramai seperti Days Gone, God Of War dan Spider-Man nampak umpama menarik benang dari tepung, benang tidak putus, tepung tidak berselerak.

Baca Juga: Days Gone : Menunggang Ke Persidangan Sony E3 Dengan Treler Permainan Yang Ganas

Anda semua jangan bimbang! kerana kami memberi jaminan bahawa kesemua permainan esklusif ini akan tiba juga ditangan anda selewat-lewatnya pada suku pertama tahun 2018.

Walaupun pada sidang media Sony pada acara E3 2017 yang lepas, permainan Days Gone tidak diumumkan tarikh perlancarannya, sepertimana permainan God Of War dan Spider-Man.

Baca Juga: God of War – Be A Warrior : Treler Dalam Permainan Dipertontonkan

Baru-baru ini, ketika bercakap bersama The Telegraph, presiden Sony Interactive Entertainment America iaitu Shawn Layden telah mengesahkan bahawa permainan Days Gone juga turut akan dilancarkan selewat-lewatnya pada suku pertama tahun hadapan.

Bagaimanapun, beliau juga mengakui yang pelbagai rintangan dan halangan telah ditempuh di dalam pembikinan kesemua permainan di atas, sehinggakan ia adalah sesuatu yang mustahil bagi mereka untuk melancarkan ketiga-tiga permainan terbabit pada tahun ini.

Baca Juga: Marvel’s Spider-Man : Demo Permainan Menampilkan Dunia Terbuka Dan Mekanik Pertempuran

Rumusan

Okay, tarikh telah pun disahkan, sekarang ini langkah yang tinggal bagi kita adalah menyimpan duit secukupnya.

Supaya apabila ketiga-tiga permainan ini dilancarkan, kita dapat menjadi antara orang terawal yang memilikinya 🙂

Apa kata anda? Adakah anda juga tergolong dari kalangan peminat yang menantikan ketiga-tiga permainan ini?

Sumber: GamingBolt

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.