Berita

Sah! Horizon : Zero Dawn Permainan Terlaris Bagi PS4

Diolah oleh hang92

Permainan eksklusif PlayStation 4 Horizon: Zero Dawn bermula dengan yang baik dari segi jualan. Permainan ini menggunakan platform RPG di dunia terbuka dan dibikin oleh syarikat Guerilla Games.

Permainan ini telah dijual sebanyak 2.6 juta salinan dalam tempoh dua minggu pertama dari tarikh pelancaran. Menurut Sony, mereka menyatakan bahawa permaianan ini adalah secara rasmi permaianan RPG paling laris untuk PS4.

Selain Sony, Horizon: Zero Dawn adalah suatu batu loncatan yang besar untuk pembikin Guerilla Games, kerana permainan ini merupakan permainan pertama yang dihasilkan oleh syarikat tersebut dan telah mencatat sejarah bagi syarikat tersebut.

Angka 2.6 juta yang telah dijual itu termasuk gabungan jualan cakera fizikal dan juga unit digital yang dijual melalui PlayStation Store.

Bos besar Sony Interactive Entertainment Worldwide Studios, Shawn Layden melahirkan kenyataan rasa terima kasih kepada peminat-peminat yang sanggup membelanjakan duit hasil titik peluh mereka dan juga memuji pembikin untuk kerja yang dilakukan kepada permainan.

“Kami tahu Horizon: Zero Dawn akan menjadi sesuatu yang istimewa, jadi untuk melihat penerimaan yang luar biasa untuk satu jenama dunia permainan baru telah diterjemahkan ke tahap jualan memberansangkan ini adalah benar-benar memuaskan.”

“Guerilla telah mencipta permainan yang luar biasa, dan penerimaan yang telah kita lihat daripada peminat, daripada jumlah jam yang dihabiskan ke perkongsian foto yang banyak menunjukkan betapa permainan ini telah meninggalkan kesan yang besar”

Walaupun ramai yang masih lagi bermain permainanan ini dan sedang meneroka dunia yang terbuka Horizon: Zero Dawn. Jangan terkejut sekiranya ada DLC akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Pembikin Horizon: Zero Dawn telah membayangkan potensi untuk sekuel akan datang dimana ia akan dibintangi protoganis yang berbeza selain Aloy – Hurmmm

sumber : gamespot

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.